Nuffnang Add Ads

Isnin, 24 Januari 2011

sentiasa mencari

pejam mata biar hari ini berlalu
waspada bila buka mata keesokannya
kerana kepastian bukan milik kita
mencari-cari kepastian bukanlah mudah
bukan boleh siap satu malam
bila dilanda masalah baru jelas
apa yang ada di sekitar
dan bila berlalu ada juga sisa derita tertinggal
entah bila boleh hilang
aku pun tak pasti
sebab aku sama seperti kau juga
sentiasa mencari-cari kepastian
walau dalam terang
masih jua kabur
kerana hasutan keraguan

p/s::terserah mereka mau bilang apa deh~

2 ulasan: