Nuffnang Add Ads

Jumaat, 31 Disember 2010

Nyah Derita Lama ! Mari Bahagia


SEANDAINYA SUATU HARI NANTI …
KITA TIDAK LAGI BERSAMA…
USAH DIKENANG DERITA LAMA…
NANTI HIDUP BARUMU TIDAK TENANG…
BIARKAN DERITA LAMA BERLALU DAN LEPASKAN IA KE RUANG YANG PALING DALAM  HATI DAN FIKIRANMU…
USAH DIGALI LAGI,
USAH DICARI LAGI,
SIAPA TAHU,
HIDUP BARUMU LEBIH BAIK MENDAMPINGI MU…
MUNGKIN ITU PENDAMPING TERBAIK BUAT DIRIMU…
TENANGLAH KAU DENGAN HIDUP YANG BARU…
DAN UCAPKAN TERIMA KASIH PADA DERITA LAMA…
KERANA DERITA LAMA ITULAH YANG MENGAJAR KAMU LEBIH MENGERTI TENTANG HIDUP…
SUDAH ITU, MAAFKANLAH DERITA LAMAMU ITU…


Penghujung


31 Disember ialah penghujung bagi semua. Tapi bukanlah penghujung hidup bagi yang masih bernafas...Biasanya kalau dah penghujung ramai yang duduk merenung apa nak dibuat esok. Yelah...esok kan dah masuk tahun baru...1 Januari ? mmm...aku sendiri pun masih belum mencapai sepakat di sebalik renungan aku sendiri. Tapi yang pasti tahun depan mesti lebih baik lagi ! Ahaa...mesti ramai yang setuju kan...Dalam hidup nak dapatkan yang terbaik perlukan usaha yang bukannya sikit...Perkara yang sukar dibuat adalah perkara yang memberikan untung. Mudah kan ? Tapi bila dah masuk dalam 'action'...? mmm~

Sepanjang tahun 2010 ni, aku banyak mengalami perubahan yang aku rasakan agak mendadak baik dari segi penampilan luaran tapi dalaman juga turut berubah. Pengalaman yang banyak mengajar aku dan jadilah aku yang agak matang hari ni. Perasaan dan emosi yang sering terluka dan dicabar oleh sekeliling sememangnya membuatkan aku banyak berfikir dan membuat penilaian. Adakah ini yang aku nak dalam hidup ? Apa akan jadi kalau semua ini hanya sementara ? Pada akhirnya aku memutuskan untuk tinggalkan semua itu dan belajar hadapi realiti. Memang realiti pahit tapi kena telan la untuk sembuh semula. Macam kita sakit, logiknya kena makan ubat yang rasanya memang pahit kan dan sembuh.

Walaupun begitu...pahit dekat lidah boleh kita hilangkan dengan minum air dan makan gula-gula...dan pahit yang turun ke hati dimaniskan oleh keajaiban ?








Ahad, 26 Disember 2010

Pertama Kali

Pertama kali kata paling sesuai buat saya ketika ini...Yelah...baru mula nak buat blog walhal kawan-kawan lain dah mula dari sem 1 lagi...Nampaknya saya yang tertinggal...Tapi tak bermakna saya tak mahu maju kan...Dengan terciptanya blog ini (haha), maka bermulalah kehidupan saya sebagai blogger (xberapa nak aktif ni) secara rasmi dan sah...

Serba sedikit tentang Inspirasi Lyn... Pembikinnya merupakan seorang yang sederhana tapi kuat berangan. Dengan adanya Inspirasi Lyn dapatlah pembikinnya mencurahkan emosi lahir dari pengalaman sendiri mahupun orang lain yang memberi inspirasi dengan mencatatnya DI SINI.

Pembikin mengharapkan pembaca, pejalan kaki atau sesiapa yang singgah di ruangan ini memberikan sedikit sebanyak info menarik dan positif untuk betulkan blog yang tak seberapa ini...