Nuffnang Add Ads

Sabtu, 23 November 2013

kenangan

termenung...kenangan lalu berputar bermain dalam kepala dan bagaikan melihatnya semula. semuanya jelas. ada yang pahit dan ada yang manit, begitu juga masam. tak semua perkara yang terjadi boleh dikawal. kalau boleh dikawal, kita tidak akan kenal dan merasai kekecewaan, penyesalan, kegagalan. semuanya mengajar untuk bangkit semula kerana kuasa kebangkitan rasanya luar biasa. kenangan lagi...adakalanya kita sedaya upaya memadamkan dari ingatan. sebabnya ada pada kita sendiri. tapi seperkara yang pasti melalui pengalaman sendiri. terima kenangan kita dengan hati terbuka walaupun pahit dikenang. hadapinya dengan tabah dan tegas agar kenangan pahit itu tak berulang lagi. tidak ada salahnya dengan kenangan. paling tidak pun, kenangan mengajar kita menjadi lebih dewasa dan matang. P/S: kepada 'kenangan', aku titipkan salam maaf dan doa selamat kepada kau. selamat berbahagia. =)

Ahad, 1 September 2013

perasaanku macam dipijak-pijak

Ya Allah, Engkau redakan api amarah yang marak dalam hati ini, jangan tinggalkan sekelumit pun. Sekarang, aku rasa macam hati ini dipijak-pijak kejam, dicencang lumat. Ini hati sudah terlalu dalam lukanya. Aku pohon jangan luka ini sampai jadi bernanah...

Khamis, 1 Ogos 2013

mengapa?

setiap perkara yang berlaku harus ada persoalan mengapa? namun tidak semua jawapan kepada persoalan mengapa ini akan menjawab semua tanda tanya, bahkan akan menambahkan kerumitan. dan kadang-kadang jawapan pada persoalan mengapa ini pahit untuk ditelan. kerana jawapan boleh menjadi suatu kebenaran dan kebohongan. itu semua bergantung kepada individu dan nilai pada dirinya.

Bergolok gadai

Nak pegang ijazah dan duduk jawatan sekarang ni, banyak benda dah digadai dan tergadai. antara rela dan terpaksa. menitis juga air mata sang tua itu. tapi bila kenang balik, kalau tak buat gitu memang terperuk sini lah aku. apapun aku anggap ini semua rezeki aku. Alhamdulillah. sekarang giliran aku lak yang bgolok gadai untuk ibu bapa dan keluarga tercinta. Inshaa Allah

Sabtu, 20 Julai 2013

perasaan yang kurang enak

menyesal dah takda gunanya sekarang. semua benda dah terjadi. ramai yang terluka secara langsung dan tidak langsung. bukan niat ingin menyatakan diri ini mangsa. cuma ingin menegaskan kita semua ini mangsa ketidakmatangan. maaf dah lama, cuma sesekali kenangan pahit itu terlepas keluar ke lazuardi ingatan ini.

Jumaat, 12 Julai 2013

Mereka faham

dengan perbezaan bekal makanan yang dibawa ke sekolah tu pun kanak-kanak dah mengerti kedudukan ekososial keluarga masing-masing.

Isnin, 24 Jun 2013

Apa yang dinanti?

Pernantian memanglah satu perkara yang menyulitkan. Sulit untuk membuat perancangan, sulit untuk menjayakan rancangan tersebut begitu juga sulit untuk menentukan arah tuju rancangan. Begitu juga halnya dengan isu penempatan guru baharu PISMP Ambilan Januari 2009 (tahun 2013) ini. Perjalanan kerjaya kami sungguh banyak halangannya. Selalu disuruh bersabar, bersabar, bersabar. Esok, akankah pernantian akan berakhir?

Ahad, 23 Jun 2013

Dak-na yang Busy

Assalamualaikum. Minggu yang sangat-sangat sibuk untuk guru baharu macam aku. Too many things to do, too many things to catch up. Minggu lepas, ikut PSKPP zon aku. OMG, haha free-free je aku dapat medal kot. Medal emas 1 (futsal) dan medal perak 1 (bola jaring). Main 1st half je pun. Hahaha, btw yang untungnya markah hujung tahun aku besar kot! Alhamdulillah. Lepas hal PSKPP, meeting hari tu, GB maklumkan yang sekarang Jemaah Nazir sedang buat pemantauan. Dahlah sekolah yang dipantau agak dekat dengan sekolah aku. Aku memang gelabahlah sebab banyak aku belum buat sebab En. Printer aku buat hal. *Kuang ashem*. Ingat payday ni, nak beli sebijik yang baru la. Adoiii letih aku, orang lain dok kumpul tab, ihphone, note bagai. Aku pulak kumpul benda alah ni. And now, tugas aku dah bertambah...Congrate Dak-na! Haha takpa-takpa kerja orang bagi, maknanya dia percayakan kita. *positif* walaupun air mata bagai banjir... Oh Allah, aku mohon kekuatan dan ketabahan untuk hadapi dugaan dalam bekerja ini agar aku ikhlas untuk melakukannya. Aamiin ya rob.

Khamis, 6 Jun 2013

Khas buat Saudara

Saudara, bukanlah cinta bila kau berdusta. Bukanlah sayang bila kau mendua. Bukanlah kasih bila kau berpaling. Buka mata hati Saudara untuk kenal, faham, amal dan hayati makna cinta, sayang dan kasih... #23.4.2013, kuarters guru SKP ini gambar hiasan semata-mata

Rabu, 5 Jun 2013

al-kisah konvo

Saja nak kasi tau, aku dah konvo !!! hahaha rasa lengkap perjalanan hidup aku sebagai pelajar selama 5 tahun setengah lepas. Alhamdulillah, terima kasih Allah bagi aku kesempatan bawa sekali mak bapak tengok aku live ambil scroll guna jubah dan topi bagai...

Selasa, 26 Februari 2013

Kau, Aku...

Aku perlahan-lahan angkat punggung menuju cermin. Seseorang mirip aku sedang melihatku. Anak matanya ikut sama bergerak ke mana sahaja anak mata aku bergerak. Aku sentuh bibirnya yang sedang menguntum senyum. Aku tenung matanya yang juga tidak lepas merenung mata aku. Matanya seperti memendam suatu rasa yang berat. Aku dapat rasakannya...keresahan dan sesalan itu seperti memenuhi segenap anak mata hitamnya. Sudah lama aku tidak merasa rasa ini. Hari-hariku sebelum ini kulalui seperti hari-hari lain, tiada istimewa dan aneh. Cuma malam ini, sejak sekian lama, aku kaku dan terpaku di situ. Anak mata yang gelap dan suram itu mengingatkan aku akan gelapnya kehidupan aku yang bergelumang dosa dan angkuh di persinggahan sementara ini. Aku tenung lagi matanya dan aku perhatikan ada titis-titis air yang mengalir keluar. Sesaat aku cuma diam perhati. Tiba-tiba aku tersentak melihat anak matanya yang jernih ada kilauan cahaya yang menghiris selaput suram itu. Aku terpanggil untuk menyentuh mataku...aku terkejut mata aku basah...Aku bertatapan dengan seseorang yang mirip aku ini lalu masing-masing menguntum senyum...Lidahku melafazkan tahmid, Alhamdulillah, aku masih lagi diberi peluang ini. #Reflek diri dengan dosa-dosa lalu buat kita lebih rendah diri dan berusaha menjadi yang lebih baik. Aamiin...