Nuffnang Add Ads

Sabtu, 22 Januari 2011

selalu di persimpangan

perjalanan lurus yang menyenangkan. kiri kanan aku lihat panorama indah. bibir seringkali mengukir senyum membalas lambaian anak-anak kecil sepanjang perjalanan. tiba-tiba lamunan ini terganggu dengan pertanyaan pemandu.

''Cik nak ke mana?'' Kita dekat simpang nak masuk kampung a dan kampung b.

alamak ! simpang??? aku tak tau pun ada simpang. aku ingatkan ada satu jalan je dalam dunia ni.

''err..jap2 biar saya fikir dulu.'' aku balas si pemandu.

nampaknya hidup aku tak dapat lari dari persimpangan. ada saja halangan di depan. arrggg!!! aku boleh naik gila sebab bab-bab memutuskan ni aku memang lemah. sekejap-sekejap pemandu tengok aku dan melihat jam di tangannya. jarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta.

aku imbas semula waktu aku lepas spm. aku pun dalam situasi macam ni. aku tak tahu nak buat apa. mak bapak aku suruh masuk maktab. aku tak mau jadi cikgu. tapi pak cik mak cik dan kaum kerabat lain pakat pujuk aku masuk maktab. aku naik segan. jadi aku masuk juga maktab. tapi sepanjang tempoh tu seingat aku, aku banyak memberontak! protes la...

sekarang aku sedang diasimilasikan dengan budaya guru. ohoo...harap-harap lepas diperam 5 tahun ni aku boleh jadi guru baharu. baik-baik ! balik semula ke realiti. pemandu masih menunggu keputusan aku. alamak!!! tension nye aku!

boleh tak dalam hidup ni takda persimpangan. aku jadi dilema. tak tau nak pilih yang mana. sekarang ni takda mak bapak, pak cik mak cik, dan kaum kerabat yang lain. aku boleh pilih jalan aku sendiri. tapi...aku sendiri tak pasti jalan mana yang aku nak pilih.

tadi aku keluar mengembara ni cuma fikirkan tentang bebas.
dah jemu dengan persekitaran yang memualkan. jadi upah pemandu untuk bawa aku ke kawasan yang penuh dengan ketenangan. ada ke tempat macam tu?

pemandu masih tunggu... ... ...

''baik la pak cik, saya pilih kampung b.'' jawabku akhirnya.

''betul ni? muktamad?'' tanya pemandu semula penuh ragu tetapi mulai menggerakkan kereta.

aku cuma balas dengan anggukan. aku tak pasti apa aku akan hadapi di sana nanti. tapi aku sedar setiap persimpangan yang terbentang mematangkan aku. aku sendiri mesti buat keputusan untuk aku. orang lain tak tau apa aku alami. orang tak kisah apa aku suka tapi dorang kisah apa keja kita, berapa banyak duit kau dalam bank. aku tekad apa pun terjadi, segala kata putus diiringi risiko. buat apa kisah dengan risiko? hidup ni...redah je!!! yang pasti Allah sentiasa mengawasi.

4 ulasan:

  1. jangan ikutkan hati mati ...ikutkan rasa binasa...tapi selagi kau percaya kau boleh berjaya

    BalasPadam