Nuffnang Add Ads

Sabtu, 14 Januari 2012

'HOMESICK' i miss my parent,mak,pak,abang,ni,momon...and of course wajib rindu udannnggg...tis coming cny,i'L be there in Oya...InsyaAllah. ##sambil lap air mata

Khamis, 12 Januari 2012

Hari kedua selepas kejadian semalam berlaku. Alhamdulillah, aku boleh terima dengan tenang. Sepatutnya, aku boleh lakukan tahun lepas lagi, tapi aku takut. Takut kalau gagal. Takut kalau orang gelak. Takut ditinggalkan. Takut...ya, semuanya kerana TAKUT. Thanks Allah beri aku hati yang kuat untuk hadapi benda ini. Im just an ordinary person bha...=)

Rabu, 11 Januari 2012

Sahabat dunia akhirat

Alhamdulillah, semalam merupakan titik permulaan untuk menjadi lebih terbuka dan matang. Satu mesej dihantar meminta maaf untuk menjernihkan hubungan dan bermula semula...Dilema diterima atau ditolak...Sehinggalah hari ini, aku terima balasan mesejnya. Mesejnya sama seperti aku, meminta maaf dan memaafkan...Mengharapkan sesuatu hubungan yang kekal...Sahabat dunia akhirat. Aku terima dengan hati terbuka dan mengharapkan hubungan ini tidak dicemari oleh hal-hal yang remeh. Untuk kau, aku berterima kasih atas penerimaan semula dan penghargaan ini. Aku gembira, puas, terharu. Sekali lagi, terima kasih sahabat.

Sabtu, 7 Januari 2012

perlukah memaafkan bila rasa untuk memaafkan itu tiada. aku mengimbau kenangan yang sudah mulai hilang jejaknya pada diriku. sekali sekala tak kubohongi ada saatnya mengocak kedamaian diri. datang dengan senyap dan aku bergelut untuk menghalaunya. kenangan...begitu banyak benda yang boleh dibicarakan tentang kenangan. manis ka pahit ka. semua benda yang kita pernah lalui. ada benda yang kita sayang dan ingin kekalkan sampai bila-bila. namun ada jua kenangan yang tidak dapat dilupakan dan benci. semua manusia ada benda-benda ni semua. kenangan jua dijadikan pengajaran dan ada yang ingin mengulangnya semula. apa yang ingin aku luahkan ialah ketidaktetapan hatiku untuk memaafkan kenangan yang aku benci. kerana aku masih belum mampu memaafkan diri dia. aku belum redha. aku gagal pada tahun baru ini. kerana perkara pertama yang aku ingin lakukan ialah meredhai semua yang aku telah lalui dan menerimanya sebagai hikmah. tetapi aku gagal. aku belum pernah merasai bagaimana leganya perasaan memaafkan pengkhianat. aku belum pernah merasai kemenangan apabila berjalan meninggalkannya. cuma sekarang ini...aku hanya mampu melarikan diri.

Khamis, 5 Januari 2012

kaku

tangisan tidak lagi beerti. bila tiap titisnya. tidak mampu memecahkan ego diri. keras kaku dingin. batu yang tidak bernyawa. lagikan lembut rapuh. dipujuk dingin air. bersoal pada hati. tidakkah terbuai terusik. pada kenangan semalam. pada lagu kelmarin?