Nuffnang Add Ads

Rabu, 30 Mac 2011

nukilan terkilan

saat mata bertentang
pertama kali
aku punya satu rasa aneh
bukan rasa yang baik

sepurnama aku membawa sabar
ke hulu ke hilir
harap kau punya persepsi baik
tentang aku

sabar ke mana
persepsi ke mana
bila kau diseret lembaga putih
rupanya kau GILA!

Sabtu, 26 Mac 2011

sisa...

aku sungguh terkilan
benar-benar hari ini
kenapa kau sanggup
sampai hati...

aku perhati dari jauh sahaja
senyap-senyap
ingat mau kejutkan kau
tapi lain pula jadi...

kau
senyap-senyap juga
jahanamkan aku
sisa-sisa kau berikan padaku

hingga saat ini...
biar kiamat
tidak kan ku lupa
imajin ini sering kunjung

biarlah...

Sabtu, 19 Mac 2011

kalau berpasangan

kalau berpasangan
mestilah sekepala

jangan cari yang kau rasa layak
carilah yang memang layak untuk kau

bukan semua yang kita ingin
kita akan dapat begitu mudah

cantik ke buruk
itu semua terpulang kepada kau penilai

walau buruk masih juga ada manisnya
yang mampu pikat hati kau

dan buat kau bahagia sepanjang meniti hidup ini

aku sungguh terkilan

bertahun tak jumpa ingatkan boleh lagi tersenyum ketawa berkongsi masalah
rupa-rupanya pertemuan bukanlah boleh dianggap pertemuan semula
seperti kita baru bertemu kerana satu kebetulan di kaki lima
kau senyum aku senyum. akhirnya di situ

semakin hari semakin jauh pula walau canggih mana pun
kalau tuannya tidak mahu mendail bukan salah globalisasi
aku tidak hafal nombor telefon genggam kau jadi aku simpan
aku pun ingat kau buat benda yang sama jadi aku dail kau

eh sapa ni?
oiii aku la...takkan tak kenal kot
lama sesi memperkenalkan diri di corong telefon macam mahu buat ucapan radio
'o' pendek sahaja balasan kau jadi aku letak telefon

lama tak berhubung jadi aku buat rutin macam biasa
naik turun kuliah naik lenguh kaki dan tangan junjung ilmu
sedang telefon dalam genggaman ada satu panggilan
bunyinya macam kecemasan kerana tidak berhenti meminta aku segera angkat

o haii...o kau rupanya. kenapa?
minta tolong?
fikir aku sejenak mahu tolong atau tidak. kesan sikapnya sebelum ini aku terkilan
aku telan perit air liur, aku kata TIDAK!

PADAN MUKA!!! jadi manusia jangan pada teorinya sahaja...praktikkan.

Jumaat, 18 Mac 2011

kalau

kalau hati sudah benci
yang baik semua kau kata busuk

kalau hati sudah tawar
putuskan saja usah banyak buih

kalau hati sudah menyampah
jangankan sampah tong pun tak dijeling

kalau hati sudah beku
tuang lava apa guna

baik!
kata putusnya kita PUTUS!!!

Rabu, 16 Mac 2011

emosi

bila aku dengar
aku sudah kecewa

bila aku lihat
lagilah aku kecewa

bila aku terus baca
pastinya meranalah aku

entah bila aku boleh
berhenti mencarimu

aku mahu juga bebas
tanpa aku dengar

tanpa aku lihat
juga tanpa aku baca

momen kau dengan dia
bukan bahagian hidup aku

kalau inginkan satu
usah cari yang kedua

gali dalam hati kau lalu
pasakkan utuh hanya untuk dia

kerana dialah yang satu
jangan jadikan aku yang kedua

lepaskan haloba
leraikan ikatan nafsu

semai rasa yang suci
bahagialah kejayaan

: mengharapkan rasa yang hadir ini kuburnya tidak bernisan.

Isnin, 14 Mac 2011

Pemerhati

cepat masa berlalu
merangkakkah?
berjalankah?
berlarikah?

kita semakin menua
sedang hidup pada kemuncak
alpalah akan Pemerhati
sedang perhati rancak

cukupkah ibadah?
terbayarkah qada?
biar persoalan berlegar
agar senantiasa waspada

AYUH!!!
langsaikan segala hutang
tambahkan nilai pahala
sebelum Pemerhati hilang sabar!

--- ajal maut menjemput tatkala sedar mulai kabur --- Wallahualam.

Khamis, 10 Mac 2011

subuh

hening
bening
bergaul
pada subuh itu

ayuh
cumbulah bebas sepuasnya
dakaplah merdeka seeratnya
bagai esok tiada lagi

lantangnya manifesto
pecahlah hening
tiadalah bening
kuatkan saja iman

aku sudah bilang
cumbu dakap mereka
kerna penghabisannya
kau juga yang berputih mata

Sabtu, 5 Mac 2011

laki2 idaman

haha. entry yang tak masuk dek akal. tapi sekarang dalam keadaan tak waras, eloklah kiranya untuk di post. haha.
berikut merupakan perincian2 laki2 idaman. hahaha...(setelah perbincangan pro dan kontra dengan sahabat2)

1. mata sepet
2. putih / kuning langsat
3. tinggi dari saya
4. TANGGUNGJAWAB
5. SETIA
6. PENYAYANG
7. WAJIB COOL
8. BERILMU
9. CUKUP UNTUK BIMBING SAYA
10.TAK ANGKAT TANGAN
11. lupa nak cakap....KAYA !

--> begitulah kira2 nya. haha.
--> kalau takda...takpa...rela tunggu. gerenti. hahaha...adohhh...(kewarasan mendekati paras E)

Rabu, 2 Mac 2011

dendam pada Sang Laut

dendam atau tahmid
imej layak layar
berkibaran menari
penuhi semesta akliah

celaru aku
geloranya layak ombak
ganasnya hempas tebing uzur
bertahan menanti masa

si tua diam bisu
walaupun sakit
tahan jua lapar
gemam jua rasa

si muda berbelah bagi
andai pergi, terpisahlah
andai lekat, mundurlah
pilihan manalah wujud

dua-dua makan diri
makan hati
kalau pergi, meranalah
kalau lekat, deritalah

fikiran paksikanlah realiti
kalau pergi, MUNGKIN untung
kalau lekat, rugi
jadi, jawapanku PERGI

terpisahlah
dua jiwa
dua hati
setengah dekad lamanya

utusan berita
saling menyusul
semenjak peninggalan
tak pernah jemu

tenangku
ingatan balik ke sana
kecailah kecai
utusan berita yang ini

amarahku
mahu kuhamburkan ke mana
bila aku pergi
bagai ada saja jurangnya

dendam pada sang laut
bolehkah aku padamkan
andai aku panjatkan
TAHMID?