Nuffnang Add Ads

Sabtu, 26 Februari 2011

sumber rezeki atau MAUT?

telefon kulekapkan ke telinga, tiada yang menyahut. si operator manis bersuara nombor yang anda dail...

risau...ya memang aku risau. galau hati memang galau. apa yang jadi? aku di sini tak bisa meneka di sana.

doa...ya cuma doa aku bisa pohon dari Illahi. biarlah semuanya selamat...InsyaAllah. kalau boleh mau saja aku tamatkan di sini. agar aku dapat berpeluk bersama dengan kesusahan yang kalian hadapi.

aku di sini usah kalian risau. duitku penuh tanggung penghidupan di sini. usah kirim lagi. simpan untuk kalian saja. itu selalu aku pesan...

tapi, kalian memang melampau! kalian membiarkan aku senang lenang di sini tapi kalian menderita di sana...

selamat... ya selamatkah kalian di sana? embun masih basah tutup lalang, kabus masih tebal selimut alam, telefon aku deringkan lagi...kali ini terjawab.

ada apa semalam? aku dering tiadanya jawapan?
ohh...semalam bot hampir karam...cepat-cepat kau meningkah, 'TAK PERLU RISAU, SUDAH AKU BAIKI. SINI SELAMAT SAJA'.

tertelan nafas kasar. aku gamam. kumpul kekuatan. arrggghh!
benda penting begini aku selalu dipinggirkan! nyawa!!!

ayahanda, sikit saja lagi. 2 tahun...beri aku tempoh 2 tahun...aku janji! aku belikan kau bot baru. tunggu aku 2 tahun lagi. bot kuhias indah untuk kau berbulan madu dengan bonda. tak usahlah tangkap ikan lagi. kudratmu tak izinkan walau semangat kau masih marak.

dengar saja hujahku ini. usah bidas! aku sudah matang untuk semua. degil aku sebab sayang. bukan marah. macam mana sumber rezeki boleh bawa maut? tak usah jawab. yang penting kau selamat. itu sudah cukup untuk ketenangan aku di sini.

Jumaat, 25 Februari 2011

tari penaku

penaku menari
bukan untuk
lihat keburukan
buka kebusukan

penaku jujur
sering terima
salah pengertian
kurang fahaman

bila penaku bisu
biar ia rehat
sebelum dikerat
7 bahagian

penaku ligat
dakwat isian semula
biar ia terus
berkarya

aku tuan pena
bukan mahu riak
bukan mahu tunjuk
aku bukan hebat mana

cuma
Tuhan beri aku pena ini
untuk terus ligat
seirama putaran dunia

andai tuan-tuan
tercuit dengan
lantang tuan pena ini
maaflah hamba tiadalah niat

cuma
pena ini yang ligat menari
ikut putaran dunia
apa boleh hamba buat, lumrah.

Khamis, 24 Februari 2011

kurang faham bawa salah faham

kau aku
asing
tak kenal
tapi cam

kau begitu
aku begini
mana samanya
apa bezanya

kau aku
asing
kurang faham
persepsi

satu hari
kau aku
kurang faham
letus salah faham

pelik
memang pelik
asing
tapi peduli

P/S:: sangat hairan.

Rabu, 23 Februari 2011

mengucap panjang

mengucap panjang...
kau tuduh mulut aku jahat
kau tuduh hati aku busuk
kau tuduh lakuku sumbang

apa boleh aku buat...
pertahankan kau?
diamkan pandangan kau?
anggukkan semua tingkah kau?

tolonglah...
kau buat aku mengucap panjang
bukan aku perlekeh
jauh sekali hina

aku tahu kau bukan setaraf aku
jadi aku biarkan kau santai di situ
biar aku sahaja lerai polemik dunia
tidaklah kita bawah tempurung

sempit ya sempit fikiran
buat aku semput dampingi kau
tak apa aku biar kau main-main di situ
biarkan aku urus hal dunia...!

Terima Kasih Untuk Kesekalian Kali Membuktikan Eksperimen Awalku.

Khamis, 17 Februari 2011

bisu di depan. riuh di belakang

hu ha hu ha
kau buat bunyi di belakang
kusuruh ke depan
pandai pula kau diam
apa sudah bisu?

bibir kau hitam
karat umpatan
jajalah sepuasnya hal orang
sila...
aku benarkan

tapi ingat
aku takkan tolong
bila bibir kau hangus rentung
dijilat api marak
neraka...

p/s: sendiri mau ingat.

Isnin, 7 Februari 2011

janji jadi bintang aku


Malam ini gelap
Bintang pun tak sudi menjenguk
Langit kosong kelam
Tiada hirisan cahaya memotong
Sampai ke bumi

Malam ini gelap
Sama seperti malam-malam lepas
Langit kalian serupa aku?
Atau aku saja bergelap
Selalu...

Lagi-lagi gelap
Macam hati aku
Malap, tiada bintang
Walau aku sudah ukir letaknya
Indah dan utuh

Malam yang gelap
Buat aku menanti
Janji kau dulu
Datang setiap malam yang gelap
Untuk jadi bintang aku

Ingatan basah dibanjiri rindu
Di malam gelap itu kau datang usir gusarku
Berkongsi terang dengan hati besarmu
Beri aku secebis harapan
Kau akan kutunggu !

*lagi-lagi penantian.tabah saja.*

Selasa, 1 Februari 2011

bila indah berakhir

teringat kata sahabat dahulu. kalau bercinta semua nampak indah. (mcm entry cinta+jiwang, haha). tapi...ada tapinya...indah berlalu bila nampak semua keburukan si pasangan. erm...subjektif sungguh kan? sebabnya? kita sendiri pun tak boleh nak berikan jawapan; lebih tepat ALASAN. kalau tak suka buat apa nak simpan?----> alasan standard atau pun tak da jodoh...err...itu saya tak boleh nak komen bebanyak sebab saya sendiri pun tak tahu rasa indah dan buruk tu...--->sila cop saya budak nerd sekarang. bukan apa...dah ibu bapa tak bagi 'bercinta' kan...ha ha...budak baik la...

sekarang ni bukan nak cakap pasal pengalaman cinta saya...---> dah memang tak berpengalaman kan!
entah kalian suka ke tak aku tetap nak post gak...(dah aku punye entry kan)! ha ha~

bila indah berlalu
khabarkan pada aku
agar senang ku mendampingimu
tiada gusar aku mendekatimu

bila indah berakhir
gegas kau panggil aku
biar aku jilat luka hatimu
dikhianati pemabuk cinta

tetap...
andai bila saja indah itu berlalu
nekadlah mencari aku
biar kubalut hatimu yang robek

dan...
andai saja indah itu berakhir
benar-benar berakhir
aku mahu kau tetap disampingku
selama-lamanya
aku si penunggu hatimu

p/s::saya memang suka awak. biar saya tunggu awak sajalah. sebab saya dah nekad!