Nuffnang Add Ads

Jumaat, 21 Januari 2011

Lidah Nelayan

Lidah nelayan
Lidah kami tak mampu rasa manis coklat
Rasa empuk daging
Rasa keju berkrim
Kami cuma sering rasa payau air laut
Pewangi tak usahlah beli
Bau hanyir takkan hilang
Hanyir dan kami sudah sebati
Kereta dalam mimpi sahaja
Kami selesa lagi berhimpit dalam bot
Di darat kereta megah menjalar
Kami gagah di samudera
Apa kami kisah kau panggil kami miskin ?
Apa kami peduli kau kata kami kotor ?
Apa lagi cacian mahu kau hambur ?
Hamburkan sahaja !
Kami sudah lali...
Macam kami lali dengan bau hanyir
Macam kami lali dengan bot sempit
Kami tak perlu peduli semua itu
Namun kami tahu
Kami ada hak untuk punyai impian
Cuma pembaharuan dalam hidup
Untuk itu tidak kira apa nistaan sekalipun
Kami tetap menuju evolusi

1 ulasan: