Nuffnang Add Ads

Ahad, 7 Ogos 2011

Allah cipta manusia sama

aku kecewa betul. terkilan mungkin sudah telan hati aku. sampai aku tiada rasa. cuma dingin. manusia, Allah cipta semua sama. sebab ada akal. manusia, lahir macam kain putih. corak bunga2? polka dot? garis2? tu semua korang punya hal. kalau bunga2, bunga2 jugak yang jadi. jadi di sini aku sebenarnya nak cakap tentang emosi. bagaimana nak kawal emosi? bukan takat cakap saja nak kawal emosi. LAKUKAN. BUKTIKAN!

orang lain boleh terima kalau kegagalan emosi ini kelemahan kau. tapi kalau dah tau, kenapa nak biarkan emosi itu jadi raja? EMOSIONAL? TAK HEBAT LANGSUNG!tak perlu marah dengan hal yang sebesar kuman. bukan aku nak cakap aku ni cool je. sabar memang ada batas. semua orang ada amarah sendiri. USAH DUGA!tapi biarlah BERASAS!

hati kena bersih.
set minda semua benda ada hikmah.
usahlah simpan hati yang kotor.
busuk akibatnya.

kau buat apa sekalipun, kalau hati kau kotor, semua anggota kau ikut kotor. sebab penyakit hati adalah yang paling kronik sekali.hati tiada logik.

mungkin juga...
kelakuan kita dipengaruhi oleh didikan ibu bapa? usah terasa kalau kasar bunyi ini. bukan mau tunjuk lagak, riak, bongkak. tapi benar itu kalau sudah dibongkar, ditimbus dalam laut paling dalam pun akan tetap timbul.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Waspada, ingat selalu

ingat
ingat
ingat
ingat

bumi ini luas
bukan kau seorang yang hidup
jangan terlalu buas
beri ruang yang lain bebas

sedar
sedar
sedarlah
diri

dunia ini bulat
bukan bersegi
naik turun
pusing titik sama

tunduk
tunduk
tunduklah macam
padi

beringat-beringat
sebelum dongak
menyombong
bongkak

awas
awas
awas
ada lagi yang lebih tinggi

waspada
waspada
waspada
waspadalah

jaga hati
jaga bicara
jaga tingkah
jangan sampai sumbang

hati-hati
berhati-hati
lain dicakap
lain dibuat

kau buas
kau rakus
kau rengus
kau desis

buat apa?
sabarlah
usah tunduk akan hati
nanti busuk akibatnya