Nuffnang Add Ads

Ahad, 30 Januari 2011

surviving is about breaking the rules

in this world,we create rules and we also break them. because we need to survive and run from some stupid rules that we create. also run from dull routines...

Sabtu, 29 Januari 2011

sudah puas berbahasa melayu biar bergurindam bahasa sendiri

-sekadar latihan membina kesempurnaan kebahasaan melanau-

eteh...
subet jawai uday ngak gak ako
jelakau pelasui baruk tao
ha ha tenawa gin alu
sai lah madak

eteh...
ai ji jawai
alah jawai ibak tagak
sau wa keman ajuk
paya lah bak diak

eteh...
telo ngak jawai day dao
dao jumit gem a
baruk a dao gem telo kawak
ih debey..................

eteh...
gan da sifat dao au ka
demel alu sen
day tao bak dao gem a
ah lian susah pinyi uday

eteh...eteh...eteh...
bukan tan kedudak naseng ibak in
malar sen ako menak entry wak lacuk-lacuk ih
bisa angai sau gaya eh
untuk bak menyenged singen
debey maksud no no

kak la kelo gak luer in terasa
ugan ko debey la sekati2 singen bak menak a
mun ko ngana ah sui ko jaet
tapi mun debey buyak kana
kik uday cita

sudah telooo...
makin lalo sau gaya iday
diak ko pasad iew
mun bey no hel
bey uday ko post

in iew bak lakau ih

Khamis, 27 Januari 2011

luahkan saja

huh !
mahu luahkan takut terasa
kalau tak luahkan
takut aku pula yang mati strok

hey, kau
aku nak cakap ni
dengar aku
aku dah bosan dengan kau

semua benda kau saja yang betul
tak pa aku faham
kau memang 'sempurna'
huh

banyak mengeluh ni
tengok sikap 'bosom' kau
tengok muka alahai masamnya
baik aku mati saja dari melayan

nak kata aku betul
memang tak
tapi aku juga ada masalah sendiri
kau ingat kau seorang ada masalah?

ohoo~
bunuh la bosan aku
tengok muka kau
nyah sajalah!

Rabu, 26 Januari 2011

(hilang)

alamak...
dah hilang!
data dalam otak aku
dah hilang
sebab aku tak cukup tidur

aku perlu tidur!
sangat memerlukan
mata aku sudah kebulur ni
aku pula jadi buta nanti
alahai...

seminggu 8 hari 25 jam
aku penatlah 'pandai'
urat-urat mata dah bengkak
kalau silap hari boleh pecah
pembuluh darah

kopi ?
nescafe ?
ahhh...semua dah hilang bisa
aku dah lali dengan semua jenama
kafein

aku hanya mahu tidur
beradu tenang tak siapa ganggu
aku kebulurkan tidur
tidur
tidur
dan juga mimpi indah...

p/s :: ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

AKU

Paparan momen diri


------> menyemat niat membimbing adik Kasih dan adik Sayang


------> dengar...tak rugi


------> dengar...aku sedang bicara. (^^,)


-------> chemistry~


-------> AKU GURU ! InsyaAllah.

Selasa, 25 Januari 2011

dalam mimpi selepas mati




bangun pagi
subuh
mandi
kuliah
hidup aku...

tidur malam
mimpi indah
mimpi ngeri
mimpi selepas mati...
hidup aku...

kitaran yang berkitar

apa kalian rasa disisihkan?
aku rasa macam sistem penghadaman aku dah tersumbat
nak pusing mana-mana macam kejang
nak panggung kepala pun tak mampu

sisih, disisih, menyisih, tersisih?
apa rasa keempat-empat ni?
sisih dan menyisih kukira sama egonya
disisih dan tersisih tak usah bicara dengan akulah

kalau kau tanya aku
pengalaman ngeri aku apa?
nescaya aku jawab aku
DISISIH dan TERSISIH

kitaran sosial yang pasang surut ini
tidak membenarkan aku sentiasa di atas
perlu juga di bawah agar aku dapat rasa
derita sisihan sosial orang bawah rasa

hey kamu
tak usah bangga dengan sifat egomu
sisih dan menyisihkan
sebab tak ada sesiapa tolong kau bila kau dah
disisih dan tersisih

aku ulang semula
kitaran sosial ini ada pasang surutnya
usah tunjuk lagak
suntik sedikit malumu dengan Tuhan
---

Isnin, 24 Januari 2011

sentiasa mencari

pejam mata biar hari ini berlalu
waspada bila buka mata keesokannya
kerana kepastian bukan milik kita
mencari-cari kepastian bukanlah mudah
bukan boleh siap satu malam
bila dilanda masalah baru jelas
apa yang ada di sekitar
dan bila berlalu ada juga sisa derita tertinggal
entah bila boleh hilang
aku pun tak pasti
sebab aku sama seperti kau juga
sentiasa mencari-cari kepastian
walau dalam terang
masih jua kabur
kerana hasutan keraguan

p/s::terserah mereka mau bilang apa deh~

tak tahu kenapa

oh...tak tahu kenapa aku masih nak lagi menaip ni. tadi baru dapat sms dari BFF. rindunya kat dia!!! kalau la ada peluang nak jumpa...itu la manusia...(sebab aku pun manusia). masa ada tak nak hargai. masa sekarang bila dah 'lost' baru ingat BFF.

XIELLA!!! i really miss u~
jangan marah aku sebab aku tak pergi jumpa kau.
jangan merajuk aku tak lepak sama ngan kau masa cuti.
ohhh~~~
saya sangat rindu momen-momen dulu.
sampai atap si myra terbang gara-gara kepanasan dengar cerita 'hot' kita.

waah~~~
malu je...mamat(memang nama laki ni) tengok.ha ha.
myra la paling malang sebab sebelah rumah dia ja.
kalau aku boleh mati gara-gara malu.
setiap hari jumpa mesti ingat kejadian tu.
bikin malu saja deh~

sekarang aku sudah punya peluang dan ruang
untuk cari banyak kawan-kawan
tapi...tak da yang kepala macam korang
korang memang spesel la !!!
sebelum aku berkubur aku nak ucap sesuatu
AKU CINTA BFF AKU SUMA.

aku tak kisah korang x hebat dalam semua segi
tapi satu korang HEBAT dalam BERKAWAN.
aku sangat hargai itu.
walaupun kekadang aku adalah manusia yang lupa daratan!!!
MAAFKAN AKU BFF!

dan juga sahabat ketika ini
tersentak dengan kata-kata hamba Allah ini
jangan pernah membandingkan sahabat-sabahatmu
maafkan aku andai aku terlupa dengan bakti kalian

aku kira aku cukup bertuah
kalian ada tika susah senang
dilambung ombak atau perlayaran tenang
kalian selalu ada

maafkan insan lupa daratan ini...khilafku.

Sabtu, 22 Januari 2011

selalu di persimpangan

perjalanan lurus yang menyenangkan. kiri kanan aku lihat panorama indah. bibir seringkali mengukir senyum membalas lambaian anak-anak kecil sepanjang perjalanan. tiba-tiba lamunan ini terganggu dengan pertanyaan pemandu.

''Cik nak ke mana?'' Kita dekat simpang nak masuk kampung a dan kampung b.

alamak ! simpang??? aku tak tau pun ada simpang. aku ingatkan ada satu jalan je dalam dunia ni.

''err..jap2 biar saya fikir dulu.'' aku balas si pemandu.

nampaknya hidup aku tak dapat lari dari persimpangan. ada saja halangan di depan. arrggg!!! aku boleh naik gila sebab bab-bab memutuskan ni aku memang lemah. sekejap-sekejap pemandu tengok aku dan melihat jam di tangannya. jarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta.

aku imbas semula waktu aku lepas spm. aku pun dalam situasi macam ni. aku tak tahu nak buat apa. mak bapak aku suruh masuk maktab. aku tak mau jadi cikgu. tapi pak cik mak cik dan kaum kerabat lain pakat pujuk aku masuk maktab. aku naik segan. jadi aku masuk juga maktab. tapi sepanjang tempoh tu seingat aku, aku banyak memberontak! protes la...

sekarang aku sedang diasimilasikan dengan budaya guru. ohoo...harap-harap lepas diperam 5 tahun ni aku boleh jadi guru baharu. baik-baik ! balik semula ke realiti. pemandu masih menunggu keputusan aku. alamak!!! tension nye aku!

boleh tak dalam hidup ni takda persimpangan. aku jadi dilema. tak tau nak pilih yang mana. sekarang ni takda mak bapak, pak cik mak cik, dan kaum kerabat yang lain. aku boleh pilih jalan aku sendiri. tapi...aku sendiri tak pasti jalan mana yang aku nak pilih.

tadi aku keluar mengembara ni cuma fikirkan tentang bebas.
dah jemu dengan persekitaran yang memualkan. jadi upah pemandu untuk bawa aku ke kawasan yang penuh dengan ketenangan. ada ke tempat macam tu?

pemandu masih tunggu... ... ...

''baik la pak cik, saya pilih kampung b.'' jawabku akhirnya.

''betul ni? muktamad?'' tanya pemandu semula penuh ragu tetapi mulai menggerakkan kereta.

aku cuma balas dengan anggukan. aku tak pasti apa aku akan hadapi di sana nanti. tapi aku sedar setiap persimpangan yang terbentang mematangkan aku. aku sendiri mesti buat keputusan untuk aku. orang lain tak tau apa aku alami. orang tak kisah apa aku suka tapi dorang kisah apa keja kita, berapa banyak duit kau dalam bank. aku tekad apa pun terjadi, segala kata putus diiringi risiko. buat apa kisah dengan risiko? hidup ni...redah je!!! yang pasti Allah sentiasa mengawasi.

Jumaat, 21 Januari 2011

Lidah Nelayan

Lidah nelayan
Lidah kami tak mampu rasa manis coklat
Rasa empuk daging
Rasa keju berkrim
Kami cuma sering rasa payau air laut
Pewangi tak usahlah beli
Bau hanyir takkan hilang
Hanyir dan kami sudah sebati
Kereta dalam mimpi sahaja
Kami selesa lagi berhimpit dalam bot
Di darat kereta megah menjalar
Kami gagah di samudera
Apa kami kisah kau panggil kami miskin ?
Apa kami peduli kau kata kami kotor ?
Apa lagi cacian mahu kau hambur ?
Hamburkan sahaja !
Kami sudah lali...
Macam kami lali dengan bau hanyir
Macam kami lali dengan bot sempit
Kami tak perlu peduli semua itu
Namun kami tahu
Kami ada hak untuk punyai impian
Cuma pembaharuan dalam hidup
Untuk itu tidak kira apa nistaan sekalipun
Kami tetap menuju evolusi

Khamis, 20 Januari 2011

Entah

Entah...
Hilang...
eh, mana pergi menghilang?
Otak sudah biol buat keja !
Entah...apa apa

Serabut otak aku dah macam wayar
Kusut rambut dah macam benang
Kering tekak aku dah macam gurun
Berat kepala aku dah macam batu terhempap

Pannnggg!!!
Tampar muka aku cepat!
Kalau tak aku tak mampu bangun...
Tolonglah bangunkan aku...
CEPAT

Friend or Trend

Friend or trend
what do you expect from a relationship?
do you really want to make friend or it is just a trend
wohoo...you be friend with him because you can get benefit from it
only for one reason!
because he is a hot guy
or because he is one of the best guy in collage?
you are totally have no interest to be friend with this guy
Hey, you are jerk!
the worst ever!

p/s=terimbau suatu peristiwa menyayat hati.

setakat mana kau mampu bertahan

aku nak tengok sampai mana kau mampu bertahan
aku nak tengok berapa lama kau mau peram ego
aku juga nak tengok diskriminasi sosial kau lancarkan
ya aku memang penunggu untuk tengok kau

aku tak sabar tunggu karma
aku tak peduli langau sekitarku membisik tentang kau
aku cuma mau tunggu dan tengok hari pembalasan tiba
aku mau tengok corak riak kau

aku nak kau rasa apa aku rasa
aku nak kau telan apa orang ludah
macam orang pernah ludah pada aku
aku nak kau terbeliak terkejut
dengar bicara langau pasal kau

apalah sangat jadi penunggu ni...
tapi aku sabar tunggu kau dijatuhkan dari kitaran sosial !

p/s: jangan suka dengki mengki. tak baik!

Imbas Kembali

Tengah seterika baju...

''Hey, aku akan tunggu kau sampai bila-bila k''
Janji itu dibalas dengan anggukan dan senyuman manis Si A.

Haha...kenapa aku gelak?
Si A tu bodoh!
Mana ada orang yang setia kat dunia ni?
Hello!!!
Sedar la k!
Haha...kesian...
Sebab Si A masih lagi mengangguk dan tersenyum...
seorang...sehingga ke hari ini...

p/s: lelaki kalau tak mampu buat jangan janji! kesian spesis aku dok kat hospital bahagia.

Rabu, 19 Januari 2011

Ngantuk

WAAA...(apa punya perempuan menguap macam ni?)...hahaha...
ngantuk gile...nak tidur skrg dah petang sgt dah.
tak tahu nak tulis apa petang ni.
gelisah...resah...cemas...semua diasimilasikan.
esok kena buat micro teaching depan kelas.
alahai...ni yang aku lemah~
bab bab mengajar ni (walaupun esok lusa dah nak jadi cikgu), aku stil gak lemah.
terketar lutut ni...
kalaulah aku hebat...macam cikgu BI aku dulu...
wowowow...asyik nak jadi macam orang je. cakap lebih. buatnya tak!
owhh...bestnya kalau dapat jadi macam cikgu BI aku dulu...
oit..oit..! udah udah la berangan. skg ni kau buat latihan!

p/s: harap aku tak terkantoi esok!

Selasa, 18 Januari 2011

Buat-buat tahu

Susah jadi manusia buat-buat tahu ni
Lagi susah kalau datang dengan aset lancang
wohooo... buat-buat tahu saja
Kalau tak, nanti kena gelak
woohoo... pentingkan air muka lagi

Susah jadi manusia buat-buat tahu ni
Semua benda kau nak sibuk
Hal dalam orang kau dah kecoh
Apa lagi kalau hal kat luar
Semua benda kau nak campur

Hey, manusia buat-buat tahu
Baik kau diam-diam saja
Sebelum aku selongkar pandir kau
Hebatnya orang diam
Tapi berisi.

p/s :jangan jadi 'bosom':bodoh sombong
Sekian.

Letih

Oh assignment...alahai assignment...letih nye aku nak buat kau~
Positif datanglah pada aku
Aku nak dakap kau
Ion negatif banyak selimutkan aku
Selesa sungguh!
Tapi aku tak mau selesa yang ini
Kelak kelak bahana cari aku
Positif mari ke mari
Dakap aku.

p/s :rajin-rajin la buat assignment!

Ahad, 16 Januari 2011

Bangun Pagi

Bangun pagi-pagi begini terasa ada kekosongan. Selalu begitu sejak kau hadir. Tapi sekadar lintasan kehadiran kau. Kau tak nampak aku sebab orang lain dah tutup mata hati kau. Aku cuma sekadar perindu yang sesal sebab terlambat. Rebut hati kau. Sial! Bagaimana mau buang kau dari hidup?
Aku mau kau nyah. Tapi aku tetap juga pengenang cinta tolol. Betul ke aku pengenang?
Kalau aku pengenang mesti aku dah lupakan kau. Mengenang bukan mengingati!
Bangun pagi-pagi setiap hari selalu ingat kau. Aku dah sediakan ruang kosong untuk kau di hati. Tapi tak terisi. Setiap pagi aku kekosongan.
Bangun pagi-pagi kini, lesu tak bermaya. Lebih hebat dan dasyat dari kekosongan. Aku mau hentikan segera. Aku boleh gila begini setiap bangun pagi!!!

masih kekosongan bangun setiap pagi...

Sabtu, 15 Januari 2011

Aku Budak Melanau

Aku budak Melanau tapi aku orang Malaysia.
Aku tetap Malaysia walaupun aku mengaku aku ini Melanau.
Kenapa pertikaikan ?
Kenapa persoalkan ?
Aku cuma ingin orang kenal aku punya kelompok.
Salah ke ?
Kalau demi perpaduan negara, aku tak boleh mengaku aku Melanau, sia-sia saja.
Sebab itu bukan penyebabnya.
Aku tau idealisme negara walaupun aku mengaku aku Melanau.
Aku praktik Rukun Negara meski aku Melanau.
Ini bukan sentimen perkauman.
Ini realiti.
Kekadang bila kita bicara sipi-sipi isu tentang kaum,
orang cakap kita racist.
Apa yang paling penting, jati diri.
Walaupun aku makan linut aku tetap orang Malaysia.
Terimalah aku seadanya begini.

p/s : lihat hadapan...ada cahaya !

borong buku.

Aku puas hati sebab akhirnya karya-karya hebat mampu aku miliki. Semangat berjudi bakat itu aku paling inginkan pada diriku ! Antara karya yang aku mampu miliki.


Utopia Trauma karya hebat Rahmat Harun (paling aku minat)


Jurnal Rock n Roll (Jayzuan)


cinta berbalas di meja 17 (tottaly jauh dari apa yang aku expect !) but i bet u...worth.

aku ini binatang jalang by Chairil Anwar

Kotak-kotak demokrasi by N.Faizal Ghazali

-- semuanya mempunyai kekuatan masing-masing.
-- apa yang pasti banyak berkisar tentang kehidupan sosial sama ada dari sudut pandangan pertama
mahupun keseluruhannya secara luas.
-- ada unsur idealisme dan realisme (ikut buku/karya)
-- kalau berminat, google esastera
-- enjoy pembaringan setiap kelapangan menatap karya hebat !

CASAN (dedicated to my 'twin' actually)

CASAN aku dedikasikan kepada 'kembar' aku. Saat dahulu dia punya masalah, aku terkesan dan mula menyatakan perasaan aku ini kepada dia. Bukan cinta Adam dan Hawa, cuma kasih sebagai anak Adam. Aku mengharapkan, kami 'sekeluarga' mengharapkan yang terbaik buat dia. Tapi aku tak sempat menyatakan sebab aku terlewat. Jangan salah pilih. Cinta memang tak pilih sesiapa. Kita yang pilih cinta...

memulakan...

dalam kau bergelak tawa tidaklah sedar
ada saja yang iri
menanti tepatnya sahaja menjatuhkan kau
ya... hidup memang begitu
tidak akan mudah segala
terimalah seadanya
wahai teman usah kau goyah
tangan aku akan teguh
seperti akar akasia melilit tangan kau
jangan dahulu rapuh hati kau
teguhkan duduknya
pasakkan padu ketabahan
menempuh kehidupan seadanya ini
dan aku teman kau sentiasa menyokong
kukuh seperti akar akasia

Sabtu, 8 Januari 2011

Jogging

Hello hello... hehe... ri ni aku g jog lagi. Aku, Phris, Kay, Mizah n Jannah...Start dapat tau je ada gerko olahraga, msg2 pakat nk jog. nak tambah stamina le...hehe...


hehe... berpeluh gak la. kalo tiap2 hari cm ni best !!! p kalo dah banyak tugasan, hmmm...tak tau la berpeluang ke tak. =(
Apapun aku enjoy !!!

P/S : Majulah Sukan Untuk Negara

Rabu, 5 Januari 2011

''Rajuk''

Aku menulis ini pagi tadi, tengah bosan tunggu pensyarah tak masuk-masuk, tetiba muncul lak idea dalam kepala. Jadi, aku nak berkongsilah dengan sesiapa yang terbaca blog ni.



Malam-malam aku sendiri
Membawa rajuk bersama
Kerna ditinggalkan kekasih
Pergi tak kembali

Rajuk kubawa menghadap bulan
Tolong kembalikan dia ke pangkuanku
Agar setiap malamku berteman lagi
Aku hanya ingin dia selamanya...

Hargai kesayangan yang ada sebelum kehilangan.

Selasa, 4 Januari 2011


Queaizam Afif Quzni, Udak sayang kamu ! Sihat-sihat salu yek. Jadi anak yang baik !!!

Aku Tetap Di Sini

Semalam aku rasa rindu sangat dengan seseorang. Jadi aku karangkan luahan hati aku untuk dia. Walaupun dia tak tahu... Tapi inilah hakikat cinta. Tak semestinya memiliki.

Setelah sekian lama
Aku bertemu kau semula
Kurasa ini saat paling bahagia
Masa kurasa berhenti beri ruang bersama

Kududuk di bangku itu
Kau datangi aku
Senyuman menawan itu yang selalu kuigaukan
Yang selalu kurindu

Bulan dan bintang beredar
Masa pun memisahkan
Jarak menjauhkan kau dariku
Kuharap kau bertahan

Sekian lama aku menanti
Saat kutunggu-tunggu tiba
Tapi dirimu terasa jauh dariku
Walaupun duduk bersebelahan

Namun ku masih di sini
Aku tetap di sini
Bila saja kau perlukan aku
Semula...