Nuffnang Add Ads

Sabtu, 15 Januari 2011

CASAN (dedicated to my 'twin' actually)

CASAN aku dedikasikan kepada 'kembar' aku. Saat dahulu dia punya masalah, aku terkesan dan mula menyatakan perasaan aku ini kepada dia. Bukan cinta Adam dan Hawa, cuma kasih sebagai anak Adam. Aku mengharapkan, kami 'sekeluarga' mengharapkan yang terbaik buat dia. Tapi aku tak sempat menyatakan sebab aku terlewat. Jangan salah pilih. Cinta memang tak pilih sesiapa. Kita yang pilih cinta...

memulakan...

dalam kau bergelak tawa tidaklah sedar
ada saja yang iri
menanti tepatnya sahaja menjatuhkan kau
ya... hidup memang begitu
tidak akan mudah segala
terimalah seadanya
wahai teman usah kau goyah
tangan aku akan teguh
seperti akar akasia melilit tangan kau
jangan dahulu rapuh hati kau
teguhkan duduknya
pasakkan padu ketabahan
menempuh kehidupan seadanya ini
dan aku teman kau sentiasa menyokong
kukuh seperti akar akasia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan