Nuffnang Add Ads

Sabtu, 7 Januari 2012

perlukah memaafkan bila rasa untuk memaafkan itu tiada. aku mengimbau kenangan yang sudah mulai hilang jejaknya pada diriku. sekali sekala tak kubohongi ada saatnya mengocak kedamaian diri. datang dengan senyap dan aku bergelut untuk menghalaunya. kenangan...begitu banyak benda yang boleh dibicarakan tentang kenangan. manis ka pahit ka. semua benda yang kita pernah lalui. ada benda yang kita sayang dan ingin kekalkan sampai bila-bila. namun ada jua kenangan yang tidak dapat dilupakan dan benci. semua manusia ada benda-benda ni semua. kenangan jua dijadikan pengajaran dan ada yang ingin mengulangnya semula. apa yang ingin aku luahkan ialah ketidaktetapan hatiku untuk memaafkan kenangan yang aku benci. kerana aku masih belum mampu memaafkan diri dia. aku belum redha. aku gagal pada tahun baru ini. kerana perkara pertama yang aku ingin lakukan ialah meredhai semua yang aku telah lalui dan menerimanya sebagai hikmah. tetapi aku gagal. aku belum pernah merasai bagaimana leganya perasaan memaafkan pengkhianat. aku belum pernah merasai kemenangan apabila berjalan meninggalkannya. cuma sekarang ini...aku hanya mampu melarikan diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan