dendam atau tahmid
imej layak layar
berkibaran menari
penuhi semesta akliah
celaru aku
geloranya layak ombak
ganasnya hempas tebing uzur
bertahan menanti masa
si tua diam bisu
walaupun sakit
tahan jua lapar
gemam jua rasa
si muda berbelah bagi
andai pergi, terpisahlah
andai lekat, mundurlah
pilihan manalah wujud
dua-dua makan diri
makan hati
kalau pergi, meranalah
kalau lekat, deritalah
fikiran paksikanlah realiti
kalau pergi, MUNGKIN untung
kalau lekat, rugi
jadi, jawapanku PERGI
terpisahlah
dua jiwa
dua hati
setengah dekad lamanya
utusan berita
saling menyusul
semenjak peninggalan
tak pernah jemu
tenangku
ingatan balik ke sana
kecailah kecai
utusan berita yang ini
amarahku
mahu kuhamburkan ke mana
bila aku pergi
bagai ada saja jurangnya
dendam pada sang laut
bolehkah aku padamkan
andai aku panjatkan
TAHMID?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan