penaku menari
bukan untuk
lihat keburukan
buka kebusukan
penaku jujur
sering terima
salah pengertian
kurang fahaman
bila penaku bisu
biar ia rehat
sebelum dikerat
7 bahagian
penaku ligat
dakwat isian semula
biar ia terus
berkarya
aku tuan pena
bukan mahu riak
bukan mahu tunjuk
aku bukan hebat mana
cuma
Tuhan beri aku pena ini
untuk terus ligat
seirama putaran dunia
andai tuan-tuan
tercuit dengan
lantang tuan pena ini
maaflah hamba tiadalah niat
cuma
pena ini yang ligat menari
ikut putaran dunia
apa boleh hamba buat, lumrah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan