Nuffnang Add Ads
Isnin, 13 Ogos 2012
Roh Ingkar Pada Tuannya
Bukan mudah untuk menulis. Bukan mudah untuk mencurahkan idea luahan minda dan perasaan ke dalam suatu rupa yang nampak wujud. Sekarang ini otak aku keras enggan bekerjasama dengan perasaan aku yang meronta-ronta ingin meluahkan idea. Tapi idea yang tak ada. Aku sekarang KOSONG. Kalau boleh lihat mungkin boleh telus sampai belakang. Seumpama jasad yang tiada rohnya. Ringan sahaja roh ditiup bayu kemewahan. Aku ini yang lalai hidup dengan mewah yang baru sedikit. Harap ampun~
Drama la sangat
Kadang-kadang apa yang kita nampak bukanlah apa yang sebenarnya berlaku...Katakan...
mungkin itu hanya mainan mata yang dikaburi oleh hati yang terpalit dengki...Katakan...
mungkin juga si pelakonnya mahir mementaskan aksi...Drama dan manusia . Itukan sudah sebati !
Ahad, 5 Ogos 2012
Bukan Kekasih Setia
hati dimiliki oleh orang yang salah memanglah merana jiwa raga. dah berdarah dah ni. memang dah parah sangat. rindu tak payah cakaplah...berapa banyak dah parut di hati sebab derita merindu...sedih
Serabut
Assalamualaikum semua...lama dah aku tak update ni...aku takdak idea dah ! seriously sekarang otak aku serabut dok pikirkan AR. Jadi semua wayar dalam otak aku ikut serabut. Hati dan perasaan pun tengah serabut jugak ni. Kejap elok kejap tak...bosan aku selalu serabut macam ni !
Sabtu, 14 Januari 2012
Khamis, 12 Januari 2012
Hari kedua selepas kejadian semalam berlaku. Alhamdulillah, aku boleh terima dengan tenang. Sepatutnya, aku boleh lakukan tahun lepas lagi, tapi aku takut. Takut kalau gagal. Takut kalau orang gelak. Takut ditinggalkan. Takut...ya, semuanya kerana TAKUT. Thanks Allah beri aku hati yang kuat untuk hadapi benda ini. Im just an ordinary person bha...=)
Langgan:
Catatan (Atom)
