Nuffnang Add Ads

Sabtu, 7 Januari 2012

perlukah memaafkan bila rasa untuk memaafkan itu tiada. aku mengimbau kenangan yang sudah mulai hilang jejaknya pada diriku. sekali sekala tak kubohongi ada saatnya mengocak kedamaian diri. datang dengan senyap dan aku bergelut untuk menghalaunya. kenangan...begitu banyak benda yang boleh dibicarakan tentang kenangan. manis ka pahit ka. semua benda yang kita pernah lalui. ada benda yang kita sayang dan ingin kekalkan sampai bila-bila. namun ada jua kenangan yang tidak dapat dilupakan dan benci. semua manusia ada benda-benda ni semua. kenangan jua dijadikan pengajaran dan ada yang ingin mengulangnya semula. apa yang ingin aku luahkan ialah ketidaktetapan hatiku untuk memaafkan kenangan yang aku benci. kerana aku masih belum mampu memaafkan diri dia. aku belum redha. aku gagal pada tahun baru ini. kerana perkara pertama yang aku ingin lakukan ialah meredhai semua yang aku telah lalui dan menerimanya sebagai hikmah. tetapi aku gagal. aku belum pernah merasai bagaimana leganya perasaan memaafkan pengkhianat. aku belum pernah merasai kemenangan apabila berjalan meninggalkannya. cuma sekarang ini...aku hanya mampu melarikan diri.

Khamis, 5 Januari 2012

kaku

tangisan tidak lagi beerti. bila tiap titisnya. tidak mampu memecahkan ego diri. keras kaku dingin. batu yang tidak bernyawa. lagikan lembut rapuh. dipujuk dingin air. bersoal pada hati. tidakkah terbuai terusik. pada kenangan semalam. pada lagu kelmarin?

Ahad, 18 September 2011

Melodimemori

:: sebuah lagu, buat aku mengenang satu stanza lirik, buat aku terkenang sebuah melodi, buatku terlanjur mengenang, inginku hentikan rutin, memutar-mutar, lagu yang sama, tidaklah jemu, tidaklah bosan, bagai sudah sebati, pada kau, apa erti sebuah lagu bagi kau? mengenangkah kau? terkenangkah kau? ahhh...tak mungkinlah kau mana ada masa untuk rutin membosankan padat masa kau berjumpa si A berdialog dengan si B cuci mata dengan si C wahhh...hidup penuh erti aku cemburu? tak usahlah... tak layak tak pandai kekoklah rimaslah biar aku dengan rutinku ini putar-putar lagu sama mengenang terkenang akhirnya mengharapkan diri ini dikenang selalu ::

Ahad, 7 Ogos 2011

Allah cipta manusia sama

aku kecewa betul. terkilan mungkin sudah telan hati aku. sampai aku tiada rasa. cuma dingin. manusia, Allah cipta semua sama. sebab ada akal. manusia, lahir macam kain putih. corak bunga2? polka dot? garis2? tu semua korang punya hal. kalau bunga2, bunga2 jugak yang jadi. jadi di sini aku sebenarnya nak cakap tentang emosi. bagaimana nak kawal emosi? bukan takat cakap saja nak kawal emosi. LAKUKAN. BUKTIKAN!

orang lain boleh terima kalau kegagalan emosi ini kelemahan kau. tapi kalau dah tau, kenapa nak biarkan emosi itu jadi raja? EMOSIONAL? TAK HEBAT LANGSUNG!tak perlu marah dengan hal yang sebesar kuman. bukan aku nak cakap aku ni cool je. sabar memang ada batas. semua orang ada amarah sendiri. USAH DUGA!tapi biarlah BERASAS!

hati kena bersih.
set minda semua benda ada hikmah.
usahlah simpan hati yang kotor.
busuk akibatnya.

kau buat apa sekalipun, kalau hati kau kotor, semua anggota kau ikut kotor. sebab penyakit hati adalah yang paling kronik sekali.hati tiada logik.

mungkin juga...
kelakuan kita dipengaruhi oleh didikan ibu bapa? usah terasa kalau kasar bunyi ini. bukan mau tunjuk lagak, riak, bongkak. tapi benar itu kalau sudah dibongkar, ditimbus dalam laut paling dalam pun akan tetap timbul.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Waspada, ingat selalu

ingat
ingat
ingat
ingat

bumi ini luas
bukan kau seorang yang hidup
jangan terlalu buas
beri ruang yang lain bebas

sedar
sedar
sedarlah
diri

dunia ini bulat
bukan bersegi
naik turun
pusing titik sama

tunduk
tunduk
tunduklah macam
padi

beringat-beringat
sebelum dongak
menyombong
bongkak

awas
awas
awas
ada lagi yang lebih tinggi

waspada
waspada
waspada
waspadalah

jaga hati
jaga bicara
jaga tingkah
jangan sampai sumbang

hati-hati
berhati-hati
lain dicakap
lain dibuat

kau buas
kau rakus
kau rengus
kau desis

buat apa?
sabarlah
usah tunduk akan hati
nanti busuk akibatnya

Ahad, 31 Julai 2011

entah bila mau sabar

sabar
sabarlah
ya perlu sabar
s....a....b....a....r

bila mau berhenti
ternanti-nanti
tertunggu-tunggu
kesudahan

sabar
bukan nipis macam
pepatah melayu
senipis kulit bawang

sabar aku
sabar diperam macam jeruk
itu sebab hati
pun dah remuk lunyai

epilog banyak sudah
bermuka-muka
bila mau ke bab tamat
KEPASTIAN

masa memang berlalu
hari ini, esok, lusa, tulat
pastilah
tapi kenapa semacam kaku saja

bosan
bosan
letihnya mau
bersabar

bukan takbur
bukan tak bersyukur
tapi kalau tiap saat keluhku letus
tetap hati tak ikhlas

cuma ini
aku mau kau dan mereka
fahamlah aku
yang sedang bersabar ini
diam-diam sudahlah

Jumaat, 29 Julai 2011

tandus

permulaan
bak bah datang
hempas di fikrah
terburai di pena

kini semacam
detik menopause
semacam bakal menyerang
kering tandus
mati

mahu hati
terus banjir
bah hempas fikrahku
biar urat nadi letih

mahuku
tulis taip
biar lunyai kertas
biar aku merapu
biar aku puas