Nuffnang Add Ads

Ahad, 9 September 2018

Belum sampai waktunya

Belum sampai waktunya
Untuk kita lanjutkan pelajaran
Mungkin kita perlu berdisiplin dengan masa

Belum sampai waktunya
Untuk kita bernikah
Mungkin kita masih lagi menjadi harapan keluarga

Belum sampai waktunya
Untuk kita mempersembahkan karya kita
Mungkin kita perlu lebih rajin menelaah

Belum sampai waktunya
Untuk kita mengakhiri zaman bujang
Mungkin kita perlu ubah tabiat buruk yang ada

Belum sampai waktunya
Untuk kita menjadi teladan
Mungkin kita perlu berguru dengan yang lebih handal

Belum sampai waktunya
Untuk kita menjadi ibu atau ayah
Mungkin kita perlu tentukan dan putuskan keutamaan kita

Belum sampai waktunya
Untuk kita memiliki rumah idaman
Mungkin kita perlu atur komitmen kita
Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita mempunyai waktunya tersendiri. Tidak semua yang kita inginkan akan berlaku dan terjadi serentak dan seperti yang kita impikan. Allah SWT dah susun waktu yang tepat dan cantik, cuma kita hendaklah sentiasa berusaha, berdoa dan tawakal. Dan tidak semua yang kita impikan akan terjadi... Jadi, kena belajar terima hakikat malah redha dan bersyukur dengan apa adanya. Janganlah kita membuat perbandingan diri kita dengan orang lain sehingga merosakkan keyakinan kita sendiri.

Sabtu, 23 November 2013

kenangan

termenung...kenangan lalu berputar bermain dalam kepala dan bagaikan melihatnya semula. semuanya jelas. ada yang pahit dan ada yang manit, begitu juga masam. tak semua perkara yang terjadi boleh dikawal. kalau boleh dikawal, kita tidak akan kenal dan merasai kekecewaan, penyesalan, kegagalan. semuanya mengajar untuk bangkit semula kerana kuasa kebangkitan rasanya luar biasa. kenangan lagi...adakalanya kita sedaya upaya memadamkan dari ingatan. sebabnya ada pada kita sendiri. tapi seperkara yang pasti melalui pengalaman sendiri. terima kenangan kita dengan hati terbuka walaupun pahit dikenang. hadapinya dengan tabah dan tegas agar kenangan pahit itu tak berulang lagi. tidak ada salahnya dengan kenangan. paling tidak pun, kenangan mengajar kita menjadi lebih dewasa dan matang. P/S: kepada 'kenangan', aku titipkan salam maaf dan doa selamat kepada kau. selamat berbahagia. =)

Ahad, 1 September 2013

perasaanku macam dipijak-pijak

Ya Allah, Engkau redakan api amarah yang marak dalam hati ini, jangan tinggalkan sekelumit pun. Sekarang, aku rasa macam hati ini dipijak-pijak kejam, dicencang lumat. Ini hati sudah terlalu dalam lukanya. Aku pohon jangan luka ini sampai jadi bernanah...

Khamis, 1 Ogos 2013

mengapa?

setiap perkara yang berlaku harus ada persoalan mengapa? namun tidak semua jawapan kepada persoalan mengapa ini akan menjawab semua tanda tanya, bahkan akan menambahkan kerumitan. dan kadang-kadang jawapan pada persoalan mengapa ini pahit untuk ditelan. kerana jawapan boleh menjadi suatu kebenaran dan kebohongan. itu semua bergantung kepada individu dan nilai pada dirinya.

Bergolok gadai

Nak pegang ijazah dan duduk jawatan sekarang ni, banyak benda dah digadai dan tergadai. antara rela dan terpaksa. menitis juga air mata sang tua itu. tapi bila kenang balik, kalau tak buat gitu memang terperuk sini lah aku. apapun aku anggap ini semua rezeki aku. Alhamdulillah. sekarang giliran aku lak yang bgolok gadai untuk ibu bapa dan keluarga tercinta. Inshaa Allah

Sabtu, 20 Julai 2013

perasaan yang kurang enak

menyesal dah takda gunanya sekarang. semua benda dah terjadi. ramai yang terluka secara langsung dan tidak langsung. bukan niat ingin menyatakan diri ini mangsa. cuma ingin menegaskan kita semua ini mangsa ketidakmatangan. maaf dah lama, cuma sesekali kenangan pahit itu terlepas keluar ke lazuardi ingatan ini.

Jumaat, 12 Julai 2013

Mereka faham

dengan perbezaan bekal makanan yang dibawa ke sekolah tu pun kanak-kanak dah mengerti kedudukan ekososial keluarga masing-masing.