Nuffnang Add Ads

Jumaat, 29 Julai 2011

tandus

permulaan
bak bah datang
hempas di fikrah
terburai di pena

kini semacam
detik menopause
semacam bakal menyerang
kering tandus
mati

mahu hati
terus banjir
bah hempas fikrahku
biar urat nadi letih

mahuku
tulis taip
biar lunyai kertas
biar aku merapu
biar aku puas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan