Nuffnang Add Ads

Rabu, 23 Februari 2011

mengucap panjang

mengucap panjang...
kau tuduh mulut aku jahat
kau tuduh hati aku busuk
kau tuduh lakuku sumbang

apa boleh aku buat...
pertahankan kau?
diamkan pandangan kau?
anggukkan semua tingkah kau?

tolonglah...
kau buat aku mengucap panjang
bukan aku perlekeh
jauh sekali hina

aku tahu kau bukan setaraf aku
jadi aku biarkan kau santai di situ
biar aku sahaja lerai polemik dunia
tidaklah kita bawah tempurung

sempit ya sempit fikiran
buat aku semput dampingi kau
tak apa aku biar kau main-main di situ
biarkan aku urus hal dunia...!

Terima Kasih Untuk Kesekalian Kali Membuktikan Eksperimen Awalku.

5 ulasan:

  1. pedas betul kritikan anda
    sila ambil kritikan sastera untuk 2nd degree anda

    BalasPadam
  2. fard kay :: kalau ada shokongan dari kawan2 shaya boleh shaya pertimbangkan (smbl tgn turut begoyang)

    DM :: haha. saya jua.

    BalasPadam