Nuffnang Add Ads

Jumaat, 31 Disember 2010

Penghujung


31 Disember ialah penghujung bagi semua. Tapi bukanlah penghujung hidup bagi yang masih bernafas...Biasanya kalau dah penghujung ramai yang duduk merenung apa nak dibuat esok. Yelah...esok kan dah masuk tahun baru...1 Januari ? mmm...aku sendiri pun masih belum mencapai sepakat di sebalik renungan aku sendiri. Tapi yang pasti tahun depan mesti lebih baik lagi ! Ahaa...mesti ramai yang setuju kan...Dalam hidup nak dapatkan yang terbaik perlukan usaha yang bukannya sikit...Perkara yang sukar dibuat adalah perkara yang memberikan untung. Mudah kan ? Tapi bila dah masuk dalam 'action'...? mmm~

Sepanjang tahun 2010 ni, aku banyak mengalami perubahan yang aku rasakan agak mendadak baik dari segi penampilan luaran tapi dalaman juga turut berubah. Pengalaman yang banyak mengajar aku dan jadilah aku yang agak matang hari ni. Perasaan dan emosi yang sering terluka dan dicabar oleh sekeliling sememangnya membuatkan aku banyak berfikir dan membuat penilaian. Adakah ini yang aku nak dalam hidup ? Apa akan jadi kalau semua ini hanya sementara ? Pada akhirnya aku memutuskan untuk tinggalkan semua itu dan belajar hadapi realiti. Memang realiti pahit tapi kena telan la untuk sembuh semula. Macam kita sakit, logiknya kena makan ubat yang rasanya memang pahit kan dan sembuh.

Walaupun begitu...pahit dekat lidah boleh kita hilangkan dengan minum air dan makan gula-gula...dan pahit yang turun ke hati dimaniskan oleh keajaiban ?








Tiada ulasan:

Catat Ulasan